Selasa, 10 Mei 2011

Harga gula naik lagi???

Adushhhh...

Harga gula naik 20 sen mulai esok...parah la macam nii..makin hari makin tinggi taraf hidup rakyat malaysia niii


Isnin, 9 Mei 2011

Model Pengajaran dan Pembelajaran Al-Imam Al- Ghazali

Kaedah Pengajaran Imam  Al-Ghazali
Dalam menyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam  Al-Ghazali. Antaranya ialah:
1.    Kaedah perbandingan

Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab ihya Ulum Ad-Din, Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat di kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya menurut Hasan Basri, kebaikan akhlak itu adalah manis muka, memberi kelebihan dan mencegah kesakitan. Al- Wasiti berpendapat kebaikan akhlak ialah:

A)   Tidak bertengkar dengan orang lain dan tidak bertengkar dengannya kerana makrifat kepada Allah SWT
B)   Menyerapkan manusia pada masa suka dan duka.