Isnin, 9 Mei 2011

Model Pengajaran dan Pembelajaran Al-Imam Al- Ghazali

Kaedah Pengajaran Imam  Al-Ghazali
Dalam menyampaikan pengajarannya, banyak kaedah yang digunakan oleh Imam  Al-Ghazali. Antaranya ialah:
1.    Kaedah perbandingan

Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab ihya Ulum Ad-Din, Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan pendapat di kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak. Antaranya menurut Hasan Basri, kebaikan akhlak itu adalah manis muka, memberi kelebihan dan mencegah kesakitan. Al- Wasiti berpendapat kebaikan akhlak ialah:

A)   Tidak bertengkar dengan orang lain dan tidak bertengkar dengannya kerana makrifat kepada Allah SWT
B)   Menyerapkan manusia pada masa suka dan duka.


2.    Kaedah Halaqah

Kaedah ini teru menerus digunakan oleh yayasan-yayasan pendidikan dalam dunia Islam. Semenjak bermulanya dakwah Islamiah, pelajar-pelajar mengelilingi gurunya dalam separa bulatan untuk mendengar syarahannya. Imam Al-Ghazali telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran rumahnya untuk penuntut-penuntut ilmu dan sebagai tempat singgah bagi golongan sufi. Maka, tidak dapat dielakkan, Imam Al-Ghazali juga telah melaksanakan kaedah halaqah di sekolah tersebut ketika menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya.

3.    Kaedah petunjuk dan bimbingan
Imam Al-Ghazali ialah seorang peneliti dan selalu mengadakan percubaan sebelum memberikan pendapatnya. Pendapat-pendapatnya beliau diperah daripada kemurnian hidup yang dihayatinya, dimensi-demensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan-percubaan yang telah dilakukan dan daripada beberapa kesulitan yang dialami di dalam kehidupannya. Misalnya, dalam menanam dasar-dasar agama kepada anak-anak, Imam Al-Ghazali memulakan dengan meniru, iaitu menunjuk cara, diikuti dengan menyakini dan menguatkan dengan dalil-dalil, membaca ayat-ayat Al-Quran dan menerangkan kandungan serta maknanya ( Fathiyyah Hassan Sulaiman, 1986).
4.    Kaedah dialog dan perbincangan
Kaedah dialog adalah kaedah yang berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak dapat diragukan, dikritik dan dibantah lagi. Imam Al-Ghazali pernah mengadakan kaedah dialog dan perbincangan bagi mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan (Abdullah Ishak, 1989). Kaedah ini dapat mengasah otak dan memperkuatkan pendapat di samping kepercayaan kepada diri sendiri dan berkemampuan untuk berbicara tanpa teks.

sumber: ahmad mohd salleh: pengajian agama islam & j-qaf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan